Pantun Gurindam FQC siri 60/20
Raja dirimba,tidak membaham,
Padi dituai,tinggal jerami,
Mengajar kami, sehingga faham,
Itulah Sjn sheimin,sjn farisie kood kami.
Dua bunga dalam taman,
menjadi tumpuan kumbang astana,
Ala korea,ala rani mukerji mereka berteman,
itu lah dia kapt syahirah dan lt diana.
pakar it dan editing,
kood mengajar tumpuan ke awan,
bila exam tetap score dan ranking,
itu lah dia lt syazwan.
Ribut petir tak dihirau,
tetap tenang bagai ringan dipikul,
Sesekali datang risau,
itu lah dia lt shahidrul.
kecik mata bukan tidak perhati,
Mencuba Tegas macam pembuli,
Menjadi Anak didik mej zamili,
itu la dia sjn u hezzar a.k.a keli.
Tenang malam kerana damai,
Bunga rebutan kumbang dan rerama,
tenang exam doa disemai,
itu la dia sjn aus ajk agama.
Trademark Nipis, menjadi sebutan,
Ujian makmal, ulang dan berlari,
Orang kuat di MTU belanjawan
Itulah sjn fauzi nama diberi.
Daun bergoyang tanpa sentuhan,
Bagai angin datang dipanggil,
Patuh arahan, tanpa bantahan,
Itulah dia sjn fadzil.
Bayangan dikejar terus berlari,
Dalam jalanan penuh berduri,
Yakinnya kamu pada diri,
Itulah Sjn szamzuri.
Bak tebalnya buku dewan bahasa pustaka,
Yakinnya kamu,ungkapan ustaz madi,
Apa didada itu dikata,
Itulah dia sjn basri.
Daun melayang,ditiup bayu,
Berbudi bahasa, lahiran diri,
Bercakap lembut, tidak berlagu,
Itulah sjn meor empunya diri.
Kerasnya pokok dek akar,
Patuhnya terisi ketegasan diri,
Bak helang dalam sangkar,
Itu la sjn radzi nama diberi.
Bagai irama alam kedamaian,
Lagu tidak berjalan sendiri,
Kabut,Anjayy menjadi siulan,
Itulah dia sjn arbaie empunya diri.
Belayar tanpa haluan,
Dalam lautan tanpa sempadan,
Faham x faham bukan halangan,
Sjn azri itulah gerangan.
Batu kikir,jambatan retak,
Gadis ayu,idaman bujang,
Macam kerek macam tak,
Itulah sjn azrul ojang.
Benang basah,tidakkan berdiri,
Bunga menyubur,kumbang menari,
Menjadi kumbang,mawar berduri,
Itulah Sjn razaleigh assistant bendahari.
Asal kapas jadi benang,
Benang tersimpul menjadi kainnya,
Membantu sangatlah senang,
Itulah sjn zuhairil namanya.
Turun kelaut mencari ikan,
Ikan berlari tanpa haluan,
Nak di tekan,tidak kesampaian,
Itulah sjn firdaus a.k.a atok diberikan.
Terang malam bulan bercahaya,
Menjadi kerinduan si pungguk merana,
Senyap molek tapi berbisa,
Itulah sjn hairul awe empunya nama.
Betul salah,teruskan berlari,
Ujian makmal,igauan ngeri,
Akagi jolokan terpatri,
Itu lah dia sjn helmi nama diberi.
Ini hanya sekadar pujangga lara,
Janganlah dimarah,nyamuk yang satu,
Sampai masa kita berjumpa mesra,
Kalau marah juga,tumbuklah batu.
Diam ubi,kerana isi.
Berganjak bukan kerana mengalah,
Diam diri,kerana hindari,
Agar tidak,menjadi amarah.
Melayar bahtera tanpa nakhoda,
Mengira jarak hingga ke perlis,
Jangan ditanya kenapa aku tiada,
Hahahahaha Aku kan penulis.
Comments
Post a Comment