SAGA FLX IAFM ROSAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dilimpahkan rahmat dan diberikan kesihatan yang baik.

Sebelum saya meneruskan perkongsian ini, ingin saya memberitahu kepada pembaca semua, saya ni bukan la pakar dalam automotive, tetapi apa yang sy kongsikan ini adalah atas pengalaman yang menimpa saya sendiri.


Kisahnya bermula pada penghujung tahun 2017, yang mana IAFM Saga FLX saya telah rosak dan menyebabkan bunyi yang sangat kurang menyenangkan.. untuk pengetahuan pembaca semua IAFM adalah satu sistem yang dipasangkan pada intake manifold enjin Campro, pada waktu ini saya tidak memahami sistem ini, jadi atas pandangan rakan lain mereka mencadangkan untuk repair IAFM ini, so saya pun repair la...nahhh hasilnya memang bunyi bising tu hilang, kira sy anggapkan masalah tadi selesai...


Sebenarnya apa yang dimaksudkan repair ini tidak la bagus utk sistem IAFM ini berfungsi, pomen² yang duk kata repair ni mereka hanya mematikan sistem tu atau menutup sistem tu permanently.


Hah....oktober 2019 IAFM yang pernah di repair ni mula menimbulkan kes berbangkit, tetapi lebih serius yang mana mungkin skru dipasangkan pada IAFM ini longgar dan missing.


Pada kawasan bertanda bulat tu la sistem IAFM dipasangkan, so barang kat situ la hilang. 

Tanda-tanda semasa kejadian.

1) kereta tetiba je brake keras ( memang gelabah la wei masa ni) nasib la bw slow sempat tarik handbrake, kalau tak berdentum dgn kereta depan.

2) kereta akan mati, tapi masih boleh start dan dalam kurang seminit mati semula. Masa start hidup ni, meter RPM kan naik maksimum ( macam ada orang tekan padel minyak) selepas tu akan low semula dan kereta mati.


Hehe..😆 kesudahannya call insuran dan dapatkan free towing.

Ok.. sekarang saya nak kongsikan pengalaman mencari spare part bagi intake (IAFM) ini, banyak kedai dh di survey.. pehhh memang padu la harga dia.


Hah ni dia natang yang sangat mahal tu.. keseluruhan natang hitam ni nama dia intake manifold.😠😠😠🤒

Harga intake saga original (OEM) RM550-580. Mahal bagi saya ni..hehe. so try la cari yang taiwan punya Harga sekitar RM350-RM480. Tapi rasa sayang juga nak kuarkan duit almklumlah bukan orang ado-ado.😁

Jadi ada la rakan-rakan yang suggest kan pakai intake Proton Iriz.. hmmm apa lagi saya pun survey la, Harga cuma sekitar RM165-175..harga ni boleh la,mampu milik kan. So saya pun beli dan install pada kereta. Alhamdulillah kereta dh ok boleh jalan..jadilah.😔

Ok sekarang sy nak share kan hasil pakai intake Iriz ni, intake iriz tiada sistem IAFM mcm yang saga punye tu..so takkan ada isu atau timbul masalah IAFM tu. Cuma bila pakai intake iriz ni, pickup kereta akan drop sikit la.. kalau skala 10 utk intake saga..sy bagi skala 7.5 la intake iriz ni dari segi pickup tu. Utk topspeed ok la bagi saya masih kekal sama. Long distance padu lagi.

Sekian perkongsian dari saya,semoga memberi manfaat pada pembaca sekalian.😍🤩😘



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terjahan Kopi O' Corner KUCHING

Pantun Gurindam FQC siri 60/20