Sisipan Kota Kinabalu ke Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca sekalian, just nak sharing beberapa view je..πŸ˜πŸ˜…πŸ˜…, kebetulan ada tugas luar di KK, mana yang sempat selam memang telan air la kan..


From KUCHING terbang ke KK lebih kurang sejam gak la (AirAsia).

Now..dh tiba kt KK, from airport request GRAB ke bandar KK, jalan la sampai ke 1Borneo. Saya pun cari la The Klagan Regency Hotel ni, sebab seminar akan diadakan di hotel tersebut. 

Dalam pada sibuk seminar ( tambah ilmu la kononnya)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Sempat lah juga ronda beberapa kawasan di KK walaupun jadual yang sangat fixed.

Tempat wajib bagi sesiapa nak bergambar di KK.😎

Lobster memang fresh la.

sempat juga bergambar dengan lobster & owner lobster🀣🀣

Hah yang ni, 1st time tengok siput ni, tak tau la apa nama natang tu.πŸ€ͺ

ni pasar Philippines, memang hasil laut kering banyak la, harga pun murah .πŸ‘

terasa nak makan menu/masakan disini saya pun cuba la..aumm memang sedap la, harga pun pastinya sedap.πŸ˜…

Ok...keesokan harinya setelah seminar tamat, planning nak lari kejap ke Labuan (nak ke kundasang memang tak sempat la😭😭😭)

So dari Hotel (check out) terus ke terminal feri KK, hmmm malangnya perkhkdmatan feri tergendala plak.. so otak berpusing ligat macam gasing daa..mencari alternatif lain, janji sampai ke labuan. Mcm biasa GRab la sangat diperlukan, book dan terus ke terminal Bas KK. ( Kena rushing sebab dah tanya penduduk sekitar KK ni perkhidmatan bas sangat terhad).

yess nasib baik trip bas terakhir untuk hari ini belum terlepas. (Harga Rm18 KK ke menumbok)

Lebih kurang 4jam membangau dalam bas, sampai la juga di jeti feri menumbok. Survey harga tiket feri untuk ke labuan. Harga tiket dalam Rm2.50 ke Rm3.50, tak sampai pun rm5.00, sangat murah jika nak dibandingkan dengan keselesaan dalam feri ni.

kat bawah ni jadual feri.
suasana dalam feri memang selesa..
ada jual kudapan ringan...sempat la layan megi ats feri ni, disebabkan rushing kejar bas tadi sampai tak sempat makan.
feri mula bergerak meninggalkan jeti..bye πŸ€—
Perjalanan dari jeti feri menumbok ke labuan ambil masa 2 jam lebih juga la.. so dari mula gerak suasana terang lagi, sampai la nk ke malam..sempat la snap pict 🌞 sunset... 

Pengalaman ini tak la seberapa sangat kan..tapi disebabkan 1st time + adventure ditempat orang lain...so saya simpankan disini la..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LABUAN boleh klik SINI

Sampai berjumpa lagi dilain cerita..byee 😘

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAGA FLX IAFM ROSAK

Terjahan Kopi O' Corner KUCHING

Pantun Gurindam FQC siri 60/20